Rabu, 12 Ogos 2009

PERATURAN PINJAMAN BUKU SPBT

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dipertimbangkan bagi pemberian buku teks. Walaubagaimanapun, pemberian buku teks ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


• Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
• Membalut buku dengan pembalut plastik
• Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
• Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan .
• Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
• Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
• Mengganti balik buku-buku yang hilang.
• Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
• Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja / laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut.
• Pelajar diberi amaran.
• Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.
• Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

**Peraturan ini berkuatkuasa pada 05 Januari 2009

Takwim SPBT


BIL
TARIKH
PERKARA/AKTIVITI
TINDAKAN

1
Januari
Mengedar buku teks SPBT kepada pelajar Tingkatan 5 sesi 2009.
Guru Kelas, AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
2
Februari
Menyemak dan mengemaskini stok buku teks.

AJK SPBT
3
Mac
Mesyuarat AJK SPBT Kali-1.

AJK SPBT
4
Mac
Menyemak Borang BTBT 190.

AJK SPBT
5
Mac
Pemulangan buku lebih ke Stor SPBT Daerah.

AJK SPBT
6
Mac
Membuat pemeriksaan ke atas buku teks yang dipinjam oleh pelajar.
AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
7
April
Membuat hapus kira dan pelupusan buku teks.

AJK SPBT
8
April
Mesyuarat AJK SPBT Kali-2.

AJK SPBT
9
April
Menerima bekalan buku teks daripada penerbit / pengedar buku.
AJK SPBT
10
April
Membuat pemeriksaan ke atas buku teks yang dipinjam oleh pelajar.
AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
11
Mei
Mengemaskini data eMateks.

AJK SPBT
12
Mei
Mesyuarat AJK SPBT Kali-3.

AJK SPBT
13
Oktober
Pemulangan buku teks oleh pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 sesi 2009.
Guru Kelas, AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
14
Oktober
Pengagihan buku teks kepada pelajar Tingkatan 2 dan 3 sesi 2010.
Guru Kelas, AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
15
Oktober
Mesyuarat AJK SPBT Kali-4.

AJK SPBT
16
Disember
Pemulangan buku teks oleh pelajar Tingkatan 5 sesi 2009.
Guru Kelas, AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
17
Disember
Pengagihan buku teks kepada pelajar Tingkatan 5 sesi 2010.
Guru Kelas, AJK SPBT, Ahli Kelab SPBT
18
Disember
Menyemak dan mengemaskini stok buku teks.

AJK SPBT
*DIAPLIKASIKAN SEPENUHNYA TAHUN 2009

Piagam SPBT

V I S I
Menjelang tahun 2010, BBT berupaya menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.

M I S I
Membuat perolehan buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri bertaraf dunia dan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

M O T T O
Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan


P I A G A M
P E L A N G G A N

• Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar
• Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat.
• Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu.

O B J E K T I F
1.Memastikan perolehan buku teks untuk kegunaan di sekolah adalah berkualiti.
2.Memastikan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dibekalkan secukupnya ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

F U N G S I
1.Mengurus hal-hal dasar buku teks.
2.Mengurus pemerolehan buku teks.
3.Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan pasaran terbuka.
4.Mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan kewangan.
5.Mengurus aktiviti meningkatkan penggunaan buku teks.
6.Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks.
7.Mengurus program-program dan aktiviti-aktiviti Bahagian dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah

Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah dengan efisien. Bilik Operasi SPBT Sekolah diwujudkan dengan konsep bilik ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menguruskan SPBT sekolah. Sekolah perlu mengadakan satu sistem pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.
Keperluan minimum untuk sebuah Bilik Operasi SPBT di sekolah ialah :

a) Keluasan : 10 kaki x 24 kaki
b) Perabot : Rak buku 6 buah
: Meja 1 buah
: Kerusi 2 buah
: Kipas angin siling 1 buah
: Papan kenyataan 1 buah
: Lampu kalimantang 2 buah
: Kabinet 1 buah
: Alat pemadam api 1 buah
: Troli 1 buah
: Tangga kecil/bangku 1 buah

c) Lokasi :

Bilik operasi SPBT. Sewajarnya berada di aras bawah kecuali bagi
sekolah yang terletak di kawasan rendah/banjir.
: Bilik ini juga mempunyai kemudahan untuk laluan kenderaan
menghantar atau mengangkut buku.
: Bilik ini juga sepatutnya tidak terletak di tempat yang terlindung di mana
kadar kelembapan yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan buku cepat
rosak/berkulat.

d) Papan tanda arah juga wajar diadakan bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan SPBT.